Sunday 19 June 2011

Seni Kata Lagu Buah-Buahan Tempatan

Ciku manggis dan durian
kelapa juga rambutan
cempedak dan jambu batu
belimbing langsat pulasan
duku nangka pisang mangga
semua enak dimakan
mari kawan mari semua
makan buahan tempatan.
( Ulang dari mula )

Thursday 16 June 2011

Ahli Kumpulan

PN. HARYANTEE BT ABDUL HADI ( PPG/10030/11 )
PN KAMSIAH BT MUSTAPHA ( PPG/10163/11 )
PN ROSLINA BT JUNOH ( PPG/10166/11 )
PN SITI SARA BT ABDULLAH ( PPG/10021/11 )
EN MOHD NIZA B MOHAMAD ( PPG/10077/11 )

Bahan Bantu Mengajar

Kad gambar ( buah-buahan )
Lagu buah-buahan tempatan
Kad Perkataan
Lembaran Kerja 

Wednesday 15 June 2011

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tarikh : 19 Mei 2011
Masa : 10.10 – 11.10 pagi (1 jam)
Kelas : 1 Arif
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan Murid : 20 orang
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Kemahiran :
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan sukukata tertutup dengan tepat.
4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami senikata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.

Objektif :
Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :
  1. Bercerita mengenai sesuatu perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  2.  Membaca pelbagai perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 
3. Menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vocal berganding dan konsonan bergabung dengan betul.
  4.  Menyebut dan memahami senikata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.

BBM : LCD, gambar, kad perkataan, senikata lagu, lembaran kerja.
Nilai-nilai murni : Kerjasama, bersopan santun, berani , menjaga kesihatan.


STRATEGI PENGAJARAN
SET INDUKSI  (5 MINIT)
     1.       Guru membawa bakul yang berisi beberapa jenis buah-buahan ke kelas.   
     2.       Murid diminta menyatakan apa yang mereka lihat di dalam bakul.
     3.       Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang buah-buahan.
                                 i.            Siapakah yang suka makan buah-buahan?
                               ii.            Dimanakah kamu boleh mendapatkan buah-buahan ini?
     4.       Guru mengaitkan jawapam murid dengan topik pelajaran hari ini.


      LANGKAH PENGAJARAN
      Langkah 1 (10 minit )
1.       Guru menunjukkan beberapa gambar buah-buahan tempatan kepada murid-murid.
2.       Murid diminta bercerita berdasarkan gambar yang dipamerkan menggunakan ayat tunggal.
Contoh : 1.  Saya suka makan pisang.
              2. Buah rambutan sangat manis
3.       Guru memberi penerangan mengenai khasiat buah-buahan tempatan.


Langkah 2 ( 20 minit )
1.       Guru memaparkan di skrin senikata lagu “Musim Buah-buahan”.
2.       Murid diminta membaca senikata lagu dengan bimbingan guru.
3.   Guru memperdengarkan lagu “Musim Buah-buahan” dan meminta murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama guru.
 
Langkah 3 ( 10 minit )
1.  Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Pisang, Ciku, Jambu dan Mangga.
2.    Setiap kumpulan diberi kad perkataan yang mengandungi pelbagai nama buah-buahan tempatan.
3.     Guru memaparkan di skrin pelbagai jenis gambar buah-buahan.
4.    Setiap kumpulan diminta memilih nama buah-buahan seperti yang dipaparkan di skrin berdasarkan 
      senikata lagu yang telah dinyanyikan.
5.     Wakil setiap kumpulan diminta membaca perkataan yang telah dipilih.

     Langkah 4 ( 10 minit )
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.    Murid diminta mengambil imlak perkataan nama buah-buahan yang disebut oleh guru dan menulisnya di dalam lembaran kerja.
3.    Guru menyemak hasil kerja murid.
 
PENUTUP  ( 5 minit )
1.    Guru mengedarkan gambar buah-buahan dan meminta murid isi suku kata dan mewarnakannya.
2.     Guru memperdengarkan semula lagu “Musim Buah-buahan”.

Salam Pertemuan Di Alam Maya

Salam,
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka dapat juga saya menyediakan sebuah medan pertemuan di alam maya buat rakan-rakan seperjuangan agar dapat kita sama-sama bertukar-tukar dan berkongsi pandangan dan ilmu demi sebuah perjuangan dalam mencari kerehdaanNya... Haryantee7667